PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Alang-alang berminyak, biar licin

Maksud

Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

Contoh ayat

Sudah bersusah payah mengecat separuh rumah, siapkanlah terus. Alang-alang berminyak, biar licin.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alang-alang berminyak, biar licin:

  1. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam Pepatah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  2. Alang-alang mandi, biar basah Pepatah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Pepatah

    Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan.

  4. Genggam bara api, biar sampai jadi arang Bidalan

    Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung

    Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

  2. Bagaimana contoh begitulah gubahannya

    Sesuatu itu menurut asalnya.

  3. Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  4. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  5. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  6. Malam berselimut embun, siang bertudung awan

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.