Pepatah
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud
Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan.
Contoh ayat
Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan:
-
Alang-alang berdakwat, biarlah hitam
Pepatah
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
-
Alang-alang berminyak, biar licin
Pepatah
Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.
-
Alang-alang mandi, biar basah
Pepatah
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
-
Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Bidalan
Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.
Pepatah lain
-
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.
-
Calak ganti asah, menanti tukang belum datang
Menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja).
-
Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
-
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.
-
Tikus mati di lumbung padi
Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.
-
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher
Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.