PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Alu pencungkil duri

Maksud

Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

Contoh ayat

Menasihati orang yang degil itu ibarat alu pencungkil duri; usaha kita sia-sia sahaja.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Alu pencungkil duri:

  1. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  2. Bagai mencencang air Perumpamaan

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  3. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  4. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  5. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  6. Seperti antan pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  7. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam Pepatah

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kacang lupakan kulit

    Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.

  2. Bagai kucing hilang anak

    Bingung, kehilangan akal.

  3. Bagai lebah menghimpun madu

    Orang yang sangat rajin.

  4. Bagai lalang ditiup angin

    Tidak tetap pendirian.

  5. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

    Layanan yang kurang adil.

  6. Bagai duri dalam daging

    Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.