PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

Maksud

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

Contoh ayat

Encik Hashim sibuk membantu urusan persatuan sehingga anak-anaknya sendiri terabai, bagai anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan:

  1. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan Pepatah

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  2. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  3. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  4. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh

    Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

  5. Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat

    Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

  6. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.