Pepatah
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
Maksud
Setiap orang lazimnya mencari orang yang sepadan atau setaraf dengannya
Contoh ayat
Kawan-kawan Zaki semuanya kaki bola seperti dia. Memang antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras:
-
Pipit sama enggang, mana boleh sama terbang
Setiap orang lazimnya mencari orang yang sepadan atau setaraf dengannya
-
Pipit sama pipit, enggang sama enggang
Pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat.
Pepatah lain
-
Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.
-
Terapung sama hanyut, terendam sama basah
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.
-
Alang-alang berminyak, biar licin
Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.
-
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan
Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
-
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah
Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
-
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
Kembali ke tempat asalnya.