Peribahasa
Antah patah lesung hilang
Juga disebut: Antan patah, lesung hilang
Maksud
Kesusahan datang secara berturut-turut.
Contoh ayat
Baru sahaja sembuh daripada demam, rumahnya pula dimasuki pencuri; sungguh antah patah lesung hilang.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Antah patah lesung hilang:
-
Kemudi patah perahu tembuk
Kemalangan yang silih berganti.
-
Sudah jatuh ditimpa tangga
Mendapat kesusahan silih berganti.
-
Untung melambung, malang menimpa
Mendapat kemalangan silih berganti.
Peribahasa lain
-
Belum tahu di pedas lada
Belum ada pengalaman.
-
Lidah tidak bertulang
Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.
-
Makan di luar berak di dalam
Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.
-
Ular bercampur belut, tak akan hilang bisanya
Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya.
-
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Nasib yang malang.
-
Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri
Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.