PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan

Maksud

Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

Contoh ayat

Tabiat merokok perlu dihentikan sejak awal kerana api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan:

  1. Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan Pepatah

    Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

  2. Kecil-kecil pun api

    Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  3. Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat

    Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

  4. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga

    Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.

  5. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

  6. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.