PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya

Maksud

Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

Contoh ayat

Mangsa banjir itu sanggup menaiki bot nelayan yang uzur; asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  2. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  3. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

  4. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  5. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  6. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.