Pepatah
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang
Maksud
Malang sekali; nasib yang buruk.
Contoh ayat
Baru sahaja mendapat kerja, kakinya patah dalam kemalangan; ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang:
-
Bagai ayam disambar helang
Perumpamaan
Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.
-
Terkunyah di batu
Keadaan yang malang.
Pepatah lain
-
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.
-
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
-
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga
Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.
-
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
-
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
-
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya
Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.