Perumpamaan
Bagai ayam disambar helang
Maksud
Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.
Contoh ayat
Tunangnya dikahwini oleh anak orang berpengaruh; nasib Mamat bagai ayam disambar helang.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai ayam disambar helang:
-
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang
Pepatah
Malang sekali; nasib yang buruk.
-
Terkunyah di batu
Keadaan yang malang.
Perumpamaan lain
-
Seperti cincin terlekat dijari
Padanan yang sesuai.
-
Lembik bagai sotong
Menggambarkan seseorang yang lemah semangat atau tidak berdaya.
-
Bagai dihiris dengan sembilu
Pedih sekali rasa hatinya.
-
Bagai mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.
-
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap
Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
-
Bagai langit dengan bumi
Dua hal atau perkara yang sangat jauh sekali perbezaannya.