PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai Belanda meminta tanah

Maksud

Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

Contoh ayat

Setiap kali diberi wang saku, budak itu meminta lebih lagi, bagai Belanda meminta tanah.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai Belanda meminta tanah:

  1. Beroleh sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  2. Diberi betis hendak paha

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  3. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa Pepatah

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  4. Lagi murah, lagi ditawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

  5. Makin murah, makin menawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai duri dalam daging

    Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

  2. Seperti emas baru disepuh

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  3. Macam betung seruas

    Terlalu jujur; lurus hati

  4. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

    Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.

  5. Seperti tikus jatuh ke beras

    Orang yang terlalu gembira.

  6. Seperti antan pencungkil duri

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.