Perumpamaan
Bagai bertepuk sebelah tangan
Maksud
Cinta kasih yang tidak berbalas.
Contoh ayat
Cinta Azman kepada Lisa bagai bertepuk sebelah tangan kerana Lisa sudah bertunang.
Perumpamaan lain
-
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang
Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.
-
Bagai bertih digoreng
Bercakap tidak berhenti-henti.
-
Bagai kacang lupakan kulit
Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.
-
Bagai kumbang putus tali
Amat cepat; terlepas daripada sengsara.
-
Seperti lipas kudung
Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.
-
Bagai besi dengan penempa
Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.