PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai beruk kena ipuh

Maksud

Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.

Contoh ayat

Budak yang disengat tebuan itu menggeliat bagai beruk kena ipuh.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kumbang putus tali

    Amat cepat; terlepas daripada sengsara.

  2. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

    Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

  3. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak

    Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

  4. Bagai minyak dengan air

    Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.

  5. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja

    Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.

  6. Seperti anjing dengan kucing

    Orang yang selalu bertengkar.