PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai bulan dipagar bintang

Maksud

Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.

Contoh ayat

Rupanya yang bagai bulan di pagar bintang menambat hati setiap yang memandangnya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai bulan dipagar bintang:

  1. Bagai bulan empat belas Perumpamaan

    Kecantikan wajah seseorang wanita yang tiada bandingannya.

  2. Seperti emas baru disepuh Perumpamaan

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Macam betung seruas

    Terlalu jujur; lurus hati

  2. Bagai jawi terkurung siang

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  3. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  4. Bagai menatang minyak yang penuh

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

  5. Ada nasi di balik kerak

    Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

  6. Seperti antan pencungkil duri

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.