PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan

Maksud

Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

Contoh ayat

Apabila Mariam keluar ke majlis itu, semua mata memandangnya yang cantik bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti harimau menyorokkan kuku

    Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

  2. Jauhari juga yang mengenal manikam

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  3. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang

    Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.

  4. Bagai menjaga permata intan ketika dicanai

    Kasih sayang yang tidak tertanding

  5. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri

    Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

  6. Retak menanti belah

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.