PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai duri dalam daging

Maksud

Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

Contoh ayat

Penagih dadah itu menjadi bagai duri dalam daging kepada keluarganya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Macam betung seruas

    Terlalu jujur; lurus hati

  2. Seperti kera kena belacan

    Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.

  3. Bagai mencencang air

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  4. Seperti anjing dengan kucing

    Orang yang selalu bertengkar.

  5. Seperti lintah menghisap darah

    Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.

  6. Bagai menarik rambut di dalam tepung

    Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati