PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai jawi terkurung siang

Maksud

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

Contoh ayat

Sepanjang cuti sekolah dikurung di rumah, Adam berasa bagai jawi terkurung siang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai galah di tengah arus

    Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.

  2. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia

    Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.

  3. Seperti emas baru disepuh

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  4. Umpama Belanda kesiangan

    Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

  5. Macam kikir besi

    Orang kaya yang kedekut

  6. Retak menanti belah

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.