Perumpamaan
Bagai kacang lupakan kulit
Maksud
Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.
Contoh ayat
Zarina tidak pernah kembali ke kampung halamannya semenjak mengecap kejayaan di Kuala Lumpur, bagai kacang lupakan kulit.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai kacang lupakan kulit:
-
Ulat lupakan daun
Perumpamaan
Lupa akan budi baik orang.
Perumpamaan lain
-
Seperti kera kena belacan
Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.
-
Salai tidak berapi
Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.
-
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
-
Wayang kepadaman damar
Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.
-
Bagai Belanda meminta tanah
Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.
-
Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri
Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.