PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai kambing dihalau ke air

Maksud

Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.

Contoh ayat

Disuruh mengemas bilik, Ahmad melakukannya dengan malas bagai kambing dihalau ke air.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama Belanda kesiangan

    Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

  2. Seperti ayam berak kapur

    Muka pucat dan tidak bermaya.

  3. Bagai pungguk rindukan bulan

    Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.

  4. Seperti cacing kepanasan

    Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah.

  5. Umpama lebah membuang sengat

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.

  6. Bagai sotong dengan garam

    Seseorang yang sangat mudah terpengaruh atau mudah dikendalikan.