PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai kumbang putus tali

Maksud

Amat cepat; terlepas daripada sengsara.

Contoh ayat

Sebaik sahaja loceng berbunyi, murid-murid berlari keluar bagai kumbang putus tali.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti ular kena palu

    Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.

  2. Umpama biawak bercabang lidah

    Tidak dapat dipercayai barang katanya.

  3. Ibarat telur di hujung tanduk

    Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

  4. Bagai kaca terhempas ke batu

    Sangat sedih atau kecewa.

  5. Bagai asam dengan garam

    Sepadan benar.

  6. Bagai kucing hilang anak

    Bingung, kehilangan akal.