PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai lalang ditiup angin

Maksud

Tidak tetap pendirian.

Contoh ayat

Ketua kampung itu bagai lalang ditiup angin; hari ini menyokong, esok membantah pula.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai lalang ditiup angin:

  1. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  2. Bagai pancang digoncang arus Perumpamaan

    Pendirian yang berubah-ubah dan tidak tetap.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti musang berbulu ayam

    Seseorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyikan kesalahannya.

  2. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja

    Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.

  3. Bagai kambing dihalau ke air

    Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.

  4. Untung bagai untung kapas

    Orang yang banyak tanggungannya.

  5. Bagai duri dalam daging

    Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

  6. Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi

    Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.