PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai lesung dengan antan

Maksud

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

Contoh ayat

Ahmad dan Bakar sentiasa bersama ke mana-mana sahaja bagai lesung dengan antan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai lesung dengan antan:

  1. Bagai aur dengan tebing Perumpamaan

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  2. Bagai beliung dengan asahan Perumpamaan

    Tidak pernah berpisah.

  3. Bagai dakwat dengan kertas Perumpamaan

    Persahabatan yang sangat akrab

  4. Bagai empedu lekat di hati Perumpamaan

    Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

  5. Bagai isi dengan kuku Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  6. Macam belangkas Perumpamaan

    Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.

  7. Seperti api dengan asap Perumpamaan

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus

    Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.

  2. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu

    Lahirnya baik, batinnya jahat.

  3. Bagai kumbang putus tali

    Amat cepat; terlepas daripada sengsara.

  4. Bak mentimun bengkok

    Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

  5. Seperti antan pencungkil duri

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  6. Bagai kepiting batu

    Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.