PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai limau masam sebelah

Maksud

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

Contoh ayat

Keputusan pengadil itu bagai limau masam sebelah kerana hanya pemain pasukan lawan yang didenda.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai limau masam sebelah:

  1. Bagai perahu karam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  2. Berat sebelah Simpulan Bahasa

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  3. Limau masak sebelah, perahu karam sekerat

    Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  4. Pilih kasih Simpulan Bahasa

    Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  2. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  3. Hujan jatuh ke pasir

    Berbuat baik tidak pada tempatnya.

  4. Seperti ikan kena tuba

    Orang yang tidak berdaya lagi.

  5. Seperti talam dua muka

    Tidak jujur.

  6. Bagai langit dengan bumi

    Dua hal atau perkara yang sangat jauh sekali perbezaannya.