PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai menarik rambut di dalam tepung

Maksud

Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

Contoh ayat

Pegawai itu menyelesaikan pertikaian antara dua syarikat itu bagai menarik rambut di dalam tepung; rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti kera sumbang

    Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.

  2. Bagai aur dengan tebing

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  3. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang

    Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.

  4. Seperti cincin terlekat dijari

    Padanan yang sesuai.

  5. Belut pulang ke lumpur

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  6. Bagai panas mengandung hujan

    Tertawa dalam kesusahan.