PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai mencencang air

Maksud

Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

Contoh ayat

Berbalah dengan orang yang tidak mahu mendengar hujah bagai mencencang air; tiada hasilnya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai mencencang air:

  1. Alu pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  2. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  3. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  4. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  5. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  6. Seperti antan pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  7. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam Pepatah

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

    Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

  2. Bak mentimun bengkok

    Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

  3. Umpama ayakan dawai

    Membuat sesuatu dengan tidak cermat.

  4. Seperti kera sumbang

    Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.

  5. Bagai mencurah air di daun keladi

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  6. Umpama biawak bercabang lidah

    Tidak dapat dipercayai barang katanya.