PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai mencurah air di daun keladi

Juga disebut: Bagai mencurah air ke daun keladi · Mencurah air ke daun keladi

Maksud

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

Contoh ayat

Nasihat ibu supaya dia berhenti merokok bagai mencurah air di daun keladi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai mencurah air di daun keladi:

  1. Didengar ada, dipakai tidak Pepatah

    Nasihat yang sia-sia.

  2. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri Pepatah

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Darah setampuk pinang

    Belum berpengalaman.

  2. Seperti benang putih

    Orang yang menurut tanpa membantah.

  3. Ibarat telur di hujung tanduk

    Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

  4. Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang

    Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.

  5. Bagai perahu karam sebelah

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  6. Ibarat melukut di tepi gantang

    Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain