Perumpamaan
Bagai mengajar itik berenang
Maksud
Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.
Contoh ayat
Menerangkan cara memasak rendang kepada Mak Siti, seorang tukang masak terkenal, bagai mengajar itik berenang.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPerumpamaan lain
-
Bagai mencurah air di daun keladi
Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.
-
Bagai bersumur di tepi rawa
Orang yang selalu cemburu.
-
Jauhari juga yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
-
Bagai kambing dihalau ke air
Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.
-
Bagai perahu karam sebelah
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
-
Bak mentimun bengkok
Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.