PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai minyak dengan air

Maksud

Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.

Contoh ayat

Dua ahli politik itu bagai minyak dengan air, tidak mungkin dapat bekerjasama.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai jawi terkurung siang

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  2. Katak ditimpa kemarau

    Berkeluh kesah dengan tidak keruan.

  3. Ibarat melukut di tepi gantang

    Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

  4. Seperti benang putih

    Orang yang menurut tanpa membantah.

  5. Umpama biawak bercabang lidah

    Tidak dapat dipercayai barang katanya.

  6. Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin

    Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar.