Perumpamaan
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap
Maksud
Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
Contoh ayat
Kalau berbelanja tanpa rekod, perniagaan kita akan jadi bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap.
Perumpamaan lain
-
Bagai beruk kena ipuh
Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.
-
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.
-
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.
-
Seperti tikus jatuh ke beras
Orang yang terlalu gembira.
-
Bagai besi dengan penempa
Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
-
Seperti anjing dengan kucing
Orang yang selalu bertengkar.