PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai pahat dengan penukul

Juga disebut: Seperti pahat dengan penukul

Maksud

Bekerja hanya kalau diperintah.

Contoh ayat

Pelajar yang malas dan bersikap seperti pahat dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai pahat dengan penukul:

  1. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan Perumpamaan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  2. Hilang tukul hilanglah pahat

    Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

  3. Jatuh berjolok Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

  4. Jatuh berkait Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

    Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

  2. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung

    Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.

  3. Seperti ular kena palu

    Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.

  4. Bagai lesung dengan antan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  5. Seperti hendak meluruskan ekor beruk

    Sangat sukar menasihati orang yang degil.

  6. Retak menanti belah

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.