PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai panas mengandung hujan

Maksud

Tertawa dalam kesusahan.

Contoh ayat

Walaupun rumahnya baru dilanda banjir, Pak Usop masih berjenaka dengan jirannya, bagai panas mengandung hujan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kaca terhempas ke batu

    Sangat sedih atau kecewa.

  2. Cerdik bagai ekor kerbau

    Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

  3. Seperti kera kena belacan

    Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.

  4. Belut pulang ke lumpur

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  5. Umpama lebah membuang sengat

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.

  6. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.