PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai pancang digoncang arus

Maksud

Pendirian yang berubah-ubah dan tidak tetap.

Contoh ayat

Pendirian Hisham bagai pancang digoncang arus; sekejap mahu menjadi doktor, sekejap mahu menjadi jurutera.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai pancang digoncang arus:

  1. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  2. Bagai lalang ditiup angin Perumpamaan

    Tidak tetap pendirian.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri

    Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

  2. Seperti kera sumbang

    Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.

  3. Bagai aur dengan tebing

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  4. Bagai jempuk kesiangan hari

    Kebingungan; termenung-menung.

  5. Embun di hujung rumput

    Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.

  6. Bagai lesung dengan antan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).