PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai perahu karam sebelah

Maksud

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

Contoh ayat

Pembahagian harta pusaka itu bagai perahu karam sebelah kerana anak sulung mendapat bahagian paling besar.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai perahu karam sebelah:

  1. Bagai limau masam sebelah Perumpamaan

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  2. Berat sebelah Simpulan Bahasa

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  3. Limau masak sebelah, perahu karam sekerat

    Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  4. Pilih kasih Simpulan Bahasa

    Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai isi dengan kuku

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  2. Air digenggam tiada tiris

    Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.

  3. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  4. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

    Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

  5. Bagai kucing hilang anak

    Bingung, kehilangan akal.

  6. Bagai bulan empat belas

    Kecantikan wajah seseorang wanita yang tiada bandingannya.