PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai pinang dibelah dua

Maksud

Sama cantik dan sama sepadan.

Contoh ayat

Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua kerana kedua-duanya sama cantik dan berpelajaran.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagai pinang dibelah dua:

  1. Bagai asam dengan garam Perumpamaan

    Sepadan benar.

  2. Bagai bulan dengan matahari Perumpamaan

    Sepadan benar.

  3. Bagai cembul dapat tutupnya Perumpamaan

    Sesuai benar.

  4. Bagai cincin dengan permata Perumpamaan

    Sama cantik, sama padan; cocok benar.

  5. Seperti bunga dengan perdunya Perumpamaan

    Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan.

  6. Seperti cincin terlekat dijari Perumpamaan

    Padanan yang sesuai.

  7. Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin Perumpamaan

    Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama ayakan dawai

    Membuat sesuatu dengan tidak cermat.

  2. Seperti ular kena palu

    Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.

  3. Bagai limau masam sebelah

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  4. Wayang kepadaman damar

    Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.

  5. Laksana pohon kayu tiada berbuah

    Ilmu yang tiada diamalkan.

  6. Bagai bertepuk sebelah tangan

    Cinta kasih yang tidak berbalas.