PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai pungguk rindukan bulan

Maksud

Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.

Contoh ayat

Azman yang miskin itu menaruh hati kepada anak hartawan, bagai pungguk rindukan bulan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai menarik rambut di dalam tepung

    Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

  2. Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi

    Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.

  3. Bagai ayam disambar helang

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

  4. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

    Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.

  5. Retak menanti belah

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.

  6. Bagai mengajar itik berenang

    Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.