PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Bagai si kudung mendapat cincin

Maksud

Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh.

Contoh ayat

Datuk menerima telefon pintar daripada cucunya tetapi tidak tahu menggunakannya, bagai si kudung mendapat cincin.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai jawi terkurung siang

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  2. Bagai kacang lupakan kulit

    Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.

  3. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  4. Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

    Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.

  5. Bagai pahat dengan penukul

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  6. Seperti bangsi buluh perindu

    Suara yang merdu dan lemah lembut.