Pepatah
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maksud
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Contoh ayat
Sikap Nadia yang lemah lembut dan berbudi bahasa salin tak tumpah seperti ibunya, kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagaimana acuan begitulah kuihnya:
-
Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga
Pepatah
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
Pepatah
Sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bagaimana rupa begitulah bayangnya
Pepatah
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bapa borek anaknya rintik
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
Pepatah lain
-
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.
-
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan
Tidak mahu mengakui kebenaran.
-
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan.
-
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
-
Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang
Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..
-
Tak ada ribut, masakan daun bergoyang
Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.