Pepatah
Bagaimana rupa begitulah bayangnya
Maksud
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Contoh ayat
Sikap Johan yang selalu tidak menepati janji itu sama saja seperti bapanya, kata orang bagaimana rupa begitulah bayangnya.
Karangan Isu Semasa SPM 2026Lihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bagaimana rupa begitulah bayangnya:
-
Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga
Pepatah
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Pepatah
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
Pepatah
Sesuatu itu menurut asalnya.
-
Bapa borek anaknya rintik
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
Pepatah lain
-
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai
Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
-
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
-
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.
-
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
-
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
-
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam
Adat negeri selalu berlain-lainan.