Simpulan Bahasa
Banyak makan garam
Maksud
Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.
Contoh ayat
Dengarlah nasihat orang-orang tua kerana mereka telah banyak makan garam.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Banyak makan garam:
-
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa
Pepatah
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.
-
Sudah lama makan garam
Simpulan Bahasa
Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman
Simpulan Bahasa lain
-
Rendah hati
Tidak sombong
-
Darah daging
Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah.
-
Gulung tikar
Muflis; menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.
-
Cakap kosong
Percakapan yang tidak bermakna.
-
Air seni
Air kencing, air kecil.
-
Darah seni
Bakat semula jadi dalam bidang seni