Pepatah
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Maksud
Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain.
Contoh ayat
Guru baharu itu menerima perangai murid-muridnya yang pelbagai dengan sabar kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam:
-
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
Masing-masing orang dengan kesukaannya.
-
Lain lubuk, lain ikannya
Adat negeri selalu berlain-lainan.
-
Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam
Pepatah
Adat negeri selalu berlain-lainan.
-
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Pepatah
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.
Pepatah lain
-
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
-
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.
-
Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan
Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.
-
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
-
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
-
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.