PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

Maksud

Orang yang arif dan rajin.

Contoh ayat

Pekerja baharu itu sangat disenangi kerana dia belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

    Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.

  2. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  3. Alang-alang berminyak, biar licin

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

  4. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

  5. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  6. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.