PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Belum duduk sudah berlunjur

Maksud

Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

Contoh ayat

Belum lagi lulus temu duga, Amir sudah merancang membeli kereta. Itulah belum duduk sudah berlunjur.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Belum duduk sudah berlunjur:

  1. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  2. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Bidalan

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  4. Burung terbang dipipiskan lada Pepatah

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  5. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  6. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Pepatah

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut

    Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

  2. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

    Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

  3. Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

    Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

  4. Ilmu padi, makin berisi makin runduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  5. Laut ditimba tak akan kering

    Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

  6. Ada padi, segala menjadi

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.