PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud

Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

Contoh ayat

Baru di tingkatan satu, dia sudah mahu berdebat dengan pengetua; belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah:

  1. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  2. Belum duduk sudah berlunjur Bidalan

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  3. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  4. Burung terbang dipipiskan lada Pepatah

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  5. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  6. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Pepatah

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

  2. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  3. Sediakan payung sebelum hujan

    Seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia sebelum terjadi apa-apa.

  4. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  6. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi

    Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.