PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Belut pulang ke lumpur

Maksud

Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

Contoh ayat

Selepas dua puluh tahun bekerja di luar negara, Pak Harun kembali ke kampung, belut pulang ke lumpur.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Belut pulang ke lumpur:

  1. Haruan pulang ke lubuk

    Perantau yang kembali ke tempat asal.

  2. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  3. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari Pepatah

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  4. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga Pepatah

    Kembali ke tempat asalnya.

  5. Sirih pulang ke gagang

    Kembali ke tempat asalnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Untung bagai untung kapas

    Orang yang banyak tanggungannya.

  2. Laksana pohon kayu tiada berbuah

    Ilmu yang tiada diamalkan.

  3. Bagai Belanda meminta tanah

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  4. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

    Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

  5. Umpama lebah membuang sengat

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.

  6. Bagai lebah menghimpun madu

    Orang yang sangat rajin.