Simpulan Bahasa
Beradu nasib
Maksud
Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.
Contoh ayat
Ribuan anak muda berhijrah ke Kuala Lumpur untuk beradu nasib.
Simpulan Bahasa lain
-
Buah bibir
Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang.
-
Keras lidah
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
-
Alas perut
Makan sedikit buat sementara.
-
Kaki joli
Orang yang suka berfoya-foya
-
Langkah seribu
Melarikan diri kerana ketakutan.
-
Buruk perut
Kuat makan