PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud

Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu

Contoh ayat

Jangan mengeluh dengan latihan yang berat kerana berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus buang

    Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.

  2. Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni

    Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

  3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

    Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

  4. Ada angin, ada pokoknya

    Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

  5. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  6. Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung

    Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak