Pepatah
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Maksud
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
Contoh ayat
Kita sedih melihat mangsa gempa bumi di televisyen, tetapi berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul:
-
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Pepatah
Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.
-
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
Pepatah
Orang yang melihat sesuatu masalah sukar untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi oleh orang yang melaluinya.
-
Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan
Pepatah
Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.
Pepatah lain
-
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Kesedihan kerana kematian kekasih.
-
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali
Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
-
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga
Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.
-
Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya
Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.
-
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.
-
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.