Simpulan Bahasa
Berat sebelah
Maksud
Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
Contoh ayat
Pengadil itu dituduh berat sebelah kerana menyebelahi pasukan tuan rumah.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berat sebelah:
-
Bagai limau masam sebelah
Perumpamaan
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
-
Bagai perahu karam sebelah
Perumpamaan
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
-
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
-
Pilih kasih
Simpulan Bahasa
Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.
Simpulan Bahasa lain
-
Dalam tangan
Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
-
Puteri lilin
Tidak tahan terkena panas.
-
Berat tulang
Orang yang malas bekerja.
-
Bangkai bernyawa
Seorang yang tidak berguna langsung.
-
Rezeki harimau
Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
-
Beralih akal
Berubah fikiran atau pendapat.