Bidalan
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
Maksud
Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.
Contoh ayat
Jaga mulut apabila berbual tentang orang lain kerana bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.
Set Komik Peribahasa BergambarLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang:
-
Agak-agak bertutur malam hari
Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
-
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Bidalan
Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
Bidalan lain
-
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
-
Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas
Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.
-
Ada nyawa ada rezeki
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
-
Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.
-
Jangan bercermin di air keruh
Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
-
Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.