Bidalan
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Maksud
Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
Contoh ayat
Ingatlah, bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar, kerana dinding pun bertelinga.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar:
-
Agak-agak bertutur malam hari
Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
-
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
Bidalan
Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.
Bidalan lain
-
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut
Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
-
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
-
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.
-
Alah bisa, tegal biasa
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
-
Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni
Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
-
Ada bangkai, adalah hering
Ada kejahatan, adalah kejahatan lain yang datang.